Assalamualaikum...
Sudah seminggu aku tak update blog nie...
malah tiada kesempatan langsung untuk on9...
kerana kesibukan sepanjang minggu yang lalu...
Dalam minggu itu juga terdapat pelbagai pahit & manis yang aku telah lalui...
Pertama sekali aku telah mendapat khabar berita yang amat menyedihkan bagi seluruh keluargaku iaitu pemergiannya makcikku Noriah Ismail (CIK NYAH) ke rahmatullah pada 14 Mac 2011...
Sesungguhnya pemergiannya ini adalah tidak dijangka sekali kerana kami baru saja bertemu dengan arwah hari sabtu sebelumnya dalam keadaan sihat...
Tambahan pula, anak bongsunya merangkap sepupu aku akan bernikah...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat....Aminn...
| Dari kiri: Cik Unik, Cik Adik, Cik Sarah, Cik Nah & arwah Cik Nyah |
Namun begitu, masih terselit kegembiraan sepanjang minggu yang lalu..
Iaitu pernikahan anak arwah Cik Nyah ( Amirah & Yusli )...
![]() |
| Amirah & Yusli |
Kebetulan pula kenduri kahwinnya jatuh pada hari yang sama dengan sepupu aku belah mak ( Along & Kak Su)...
Jadi, macam nak terbang rasanya sebab kena berada di 2 tempat yang sama dalam satu hari iaitu pada 19 MAC 2011..
Akhirnya, aku sempat menghadiri pernikahan Mira sehari sebelum kenduri..
Esoknya baru aku bertungkus lumus kat kenduri Along...
Kepuasannya amat meletihkan...Hahahaha !!
![]() |
| Amar & Sue |
Itulah kemanisan & kepahitan yang aku tempuhi...
p/s : semoga keluarga arwah Cik Nyah tabah mengharungi dugaan ini...
~ Mutiara Aztey ~


No comments:
Post a Comment